SYUHANA PUNYA BLOG ^^
all about me..
PERIHAL ARE-Q
aku hanya insan biasa
Kalau selama ini aku menyangka aku bermimpi, kejutkanlah aku sejenak daripada mimpi yang KAU beri. Renjislah aku dengan gerimis-MU yang selalu mengintai aku di balik awan-MU.
Kalau selama ini aku menyangka aku bermimpi,bangkitkan lah aku daripada igauan-MU. Simbahlah aku dengan kacokan air dari langit-MU yang tidak bertepi…
TUHANKU….
Mengapa mimpiku panjang sekali sehingga aku terlena dalam arus yang mengkhayalkan. Sekali puntidak pernah terlintas dihati ini bahawa mimpiku akan berakhir dengan realiti. Tersungkur aku… YA ALLAH. Di dada bumi-MU yang telah hilang merah. Betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari padahal rembulan sudah lama menghuni.
TUHANKU….
Andai aku tersasar jauh dari jangkauan-MU, kembalikan lah aku dalam selimut kasih-MU supaya aku tidak tergolong dalam kalangan yang tertipu bukan oleh siapa-siapa tetapi tertipu oleh bayang-bayang sendiri.
Tiada yang aku inginkan selain kelestarian sebuah bahtera kehidupan. Yang ku layari bersama dia…. Ditemani kuntum-kuntum cinta kami. Namun, andai tiba-tiba berpusar ganas riak yang tenang,taufan melayang tanpa undangan… tunjukkanlah aku jalan supaya lidahku tidak terus kelu. Juga agar lidahku tidak membidas buas. Lontarkanlah buah-buah bahasa yang mampu menyusup ke hati seorang lelaki. Seorang lelaki yang dahulu pernah membawa aku berlari-lari di sekitar pelangi, yang sama-sama meredah belantara, menuruni lembah, menharung onak…. Dan kami bahagia.
TUHANKU….
Barngkali pengertian bahagia dari sudut pandanganku jauh sekali pengertian dari sudut pandangan dia . barangkali dia sudah puas berada dipuncak bahagia bersamaku. Lalu, dia menuruni lembah untuk mencari bahagia yang baru.
Mungkin kerana saban hari aku meneguk secawan luka, menghirup secangkir lara , aku menjadi biasa. Lantas luka itu mampu ku rawat sendiri. Lara itu ku jahit sendiri.
Dan , lama-lama aku jadi mengerti… seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu. Ku sedari kini… menguji ku adalah mainan-MU. Memberi padaku juga adalah limpah kurniaan-MU. Mengambil juga adalah hak-MU. Justeru, aku kian berani menempuh hari-hari-MU.